Ros CInta
Biru-Ketenangan Cinta |
akan ku tunggu dirimu selagi aku masih bernafas di atas muka bumi ini.
Aku percaya kemana pun aku berada kau sentiasa dalam ingatan.
setiap saat dan ketika.
Biar jauh dimata tetapi hati tetap akan bersatu. Itu satu janji aku yang harus kau pegang.
Meski jejak pisahkan kita.
Kerana cinta akan membawa kita kembali bersatu.
Demi cinta dalam hatimu biar aku yang sakit. aku tunggu sehingga tamatnya alkisah.
Aku yakin setiap langkah yang dibuat untuk kebaikkan kita bersama.
tetapi langsung tidak ada gentar di dalam hati.
Kerna ku yakin kita akan bersatu disatu ufuk timur.
Tanpa disedari cinta berkembang seperti bunga tanpa layu.
Kemana pun kita berjalan suara cinta akan sentiasa mengekori kita dengan rapat tanpa jemu.
Di alam fana kita akan kembali bersatu.
dan tidak akan satu pun yang bisa memisahkan kita.
Kuatnya cinta apabila cinta diangkat berserta keberkatan ILAHI.
Sucinya cinta itu apabila Tuhan merestui ikatan terjalin.
Indahnya cinta jika berserta dengan doa ibu dan bapa.
Manisnya cinta jika cinta di pihak yang benar.
Merah-Kekuatan Cinta |
No comments:
Post a Comment