♥Super Junior♥

Thursday, January 17, 2013

AKU AKUR............

Aku akur dengan kekalahan. 
Esok walau apa pun akan jadi, Aku akan luahkan semuanya yang terbuku dalam hati aku. 
AKu taknak sakit lagi bila di pendam begitu lama.
Aku sayangkan dia.
Teramat sayangkan dia.
Tapi aku harus akur jika selepas aku luahkan aku akan kehilangan dia.
Aku dah bersedia untuk kehilangan dia.
Tapi bukan bermakna aku tak sayang dia lagi atau aku dah ada lelaki lain di hati. 
Cuma aku mengalah.
Aku dah tak sanggup berjuang lagi. 
Kerana aku inginkan dia bahagia.
Dia perlu memiliki dan mempunyai perempuan yang hebat untuk berada di sampingnya.
Mungkin bukan orang yang bernama, Alia Aqilah binti Mohd Ali.
Aku sayangkan dia. 
Dan aku sanggup berkorban apa saja asalkan dia mendapat kebahagian.
Mungkin bukan dengan aku. 
Walaupun pada hakitkatnya aku sangat sedih dan menangis dan meraung bila kehilangan dia.
TAPI 
AKU AKUR.
Walau apa pun keputusan akan tunggu esok. 
Kerana esok baru semunya akan terjawab sama ada aku akan kehilangan dia buat selama lamanya. 
atau memiliki dia selama lamanya. 
kalau keputusan dari nya negatif. 
aku akur.
apa apa pun aku dah pernah merasa kehilangan yang lagi teruk sebelum ni.
InsyaAllah kali ni aku cukup kuat untuk menghadapinya sekali lagi.
I LOVE YOU BABY. TILL THE END OF MY BREATH I ALWAYS DO LOVE YOU. I DON'T WANT TO LOSE YOU HEARTBEAT. PLEASE FORGIVE ME BABY.
XOXO
QUE LEYA ="(

Serpihan Yang Tinggal... Bye!

    Pada hakikatnya aku takut. Aku sangat takut dan tidak berani untuk membuka mahupun menekan masuk ke folder yang tertera DSB. Aku terlampau takut. Takut disakiti dengan gambar gambar tu. Aku takut nak ingat kembali masa masa gelap aku tu. Sehinggakan bila aku tengok mereka di dalam institusi tersebut. Aku sehingga lupa yang aku pernah berada di sana. Pernah merasai suasana dan keadaan yang pelbagai. Aku lupa. Serious aku lupa. Aku benar benar dah tinggalkan semuanya. I mean SEMUANYA. Tak ada sedikit pun yang aku pegang dan aku simpan. Even ada simpan pun gambar gambar. semuanya rasanya dah berkarat macam besi. Tak pernah aku sentuh mahupun nak membuka untuk melihat apa isi kandung dalam folder tu. Aku benar benar dah tinggalkan semuanya. Sehinggakan aku lupa yang aku pernah berada di sana. Bila melihat gambar gambar lama terbentang kembali aku rasa bagaikan mimpi, Bila aku melihat dalam gambar gambar tersebut yang aku berada dalam setiap gambar gambar itu. Aku rasa macam "betul ke itu aku? ataupun aku bermimpi? sejak bila aku melalui semua yang ada dalam gambar gambar ni?" itu yang bermain di kotak minda aku sekarang. Seakan tidak percaya. Tapi itu lah hakikatnya. Bila aku tenangkan diri dari keadaan yang gelisah, sedih dan menangis. Aku baru start refreshing my mind again. It's true. Totally true yang aku pernah melalui semua tu. Cuma aku saja yang dah buang semua tu jauh jauh. Kerana itu bila aku melihat gambar gambar tu kembali aku terasa seperti asing. Macam bukan aku yang berada dalam gambar gambar tersebut. Aku terlampau ego untuk mengakui kenyataan bahawa aku terlampau takut untuk mengenang kembali zaman gelap aku tu. Terlampau takut yang teramat sangat. Sehinggakan aku lupakan segala galanya tentang zaman tu. Zaman tu betul betul merupakan zaman gelap aku. Dalam pada masa yang sama pelbagai benda aku kena lalui. Mungkin kerana itu. Aku betul betul tekad untuk tidak mengingat kembali zaman tu. Zaman penghancuran aku. Aku betul betul menghargai masa dan zaman sekarang. dan bergembira dan buat macam macam perkara agar aku lupa terus pada zaman gelap tu. dan AKU BERJAYA. Cuma tinggal serpihan serpihan kenangan sahaja yang tinggal  pada aku. Tapi semua tu bakal dibuang sehinggakan malam ini. Ego aku kalah dengan sewenang wenangnya titisan air mata menyembah ke bumi. Setelah melihat gambar gambar tersebut.
Parah aku kali ni. Ego aku kalah pada GAMBAR? Cannot be! Aku benar benar kena buang serpihan yang tinggal dalam diri aku ni jauh jauh supaya titisan air mata aku tak gugur lagi dan ego aku tak tercalar lagi. titik! takde koma koma lagi!
XOXO
QUE LEYA!!!

Wednesday, January 16, 2013

AMIN =")


yaAllah. betapa aku rindukan suasana ni. tuhan je tau macam mane aku terlampau rindukan keadaan macam ni. maafkan aku kerana tak dapat bertahan sehingga ke akhirnya. tapi tolong yaAllah. aku mohon. kau bahagiakan lah mereka seperti mana yang terpancar di wajah mereka sekarang. walaupun aku tak mungkin untuk jadi seperti mereka. walaupun tak mungkin untuk aku merasa suasana begini lagi. walaupun pada hakikatnya mereka pernah menyakiti aku sedalam dalam tusukan duri tanpa mereka sedari. biarlah. tidak mengapa kerana sejauh mana sekalipun mereka sakitkan aku. aku tetap tidak dapat menipu diri aku. bahawa aku terlalu rindukan suasana bersama mereka. walaupun ada ketika terasa perit di dada bagai kena panahan yang laju menikam tepat di jantung. itu tidak mengapa. kerana setiap kali aku melihat mereka di PSIS dengan wajah yang ceria membuat aku jealous pada hakikatnya. aku akur pada takdir mu YaAllah. Maafkan aku kerana aku benar benar tidak dapat teruskan cita cita aku. Maafkan aku sebab tidak dapat berjuang hingga ke akhirnya. kerana aku terpaksa dan harus berhenti. walaupun aku TAK PERNAH inginkan benda ini berlaku. kerana aku terlampau sayang dan cinta akan cita cita aku,ARCHITECTURE! tapi tolongla jangan hilangkan kenangan dan rasa yang penah kau berikan kepada aku untuk merasai suasana seperti ini dahulu kala. sesungguhnya kenangan ini yang menjadikan siapa diri aku sekarang ini. AMIN.
xoxo
keyler


Tuesday, January 15, 2013

Pembelajran Bersama


Petikan Daripada Hadis Rasulullah s.a.w

1.      Perintah Allah supaya menggauli isteri dengan baik dan sabar dengan karenah isteri.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“…dan bergaullah kamu semua dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu(merasa)benci kepada mereka (disebabkan tingkah lakunya ,janganlah kamu terburu-buru menceraikannya);kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah SWT hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).” (Surah Al-Nisa’:19)

2.      Wasiat Rasulullah supaya menggauli isteri dengan baik.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Berwasiatlah kamu semua supaya berlaku baik terhadap isteri-isteri. Sesungguhnya kamu semua mengambil mereka dengan amanah Allah SWT dan kamu semua menghalalkan persetubuhan dengan mereka dengan kalimah Allah SWT”(Riwayat Al-Tirmidzi)

3.      Berbuat baik kepada isteri lambang kesempurnaan iman.
Sabda Nabi yang bermaksud:
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang baik budi pekertinya dan lemah lembut terhadap isterinya.”(Riwayat Abu Daud)

4.      Lelaki yang paling baik ialah lelaki yang berbuat baik kepada isteri.
Hadis yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib bermaksud:
“Rasulullah SAW bersabda: Lelaki yang paling baik ialah yang amat baik terhadap isterinya, dan aku adalah yang paling baik terhadap isteriku. Tidak ada seseorang yang memuliakan wanita, kecuali dia seorang yang mulia. Tidak ada yang menghina wanita, kecuali orang yang rendah pekertinya.”(Riwayat Abu Daud).

5.      Larangan menyakiti isteri
Rasulullah SAW bersabda mafhumnya, “Aku tidak tahan melihat lelaki yang mudah memukul isterinya. Tidakkah malu orang yang memukul isterinya seperti memukul budak, dipukul pada siang hari dan digaulinya pada malam hari?” 

Baginda Rasulullah SAW sangat MARAH tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, “Mengapa engkau memukul isterimu?” 

Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, “Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia.” 

“Aku tidak bertanya alasanmu, aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?” Sahut Rasulullah SAW. 

Dan juga Rasulullah SAW bersabda, “Yang terbaik di antara kalian adalah yang bersikap paling baik terhadap isterinya.”[1] (Hadis riwayat Imam al-Tirmizi dan al-Nasai)
Nabi menegah memukul isteri sesuka hati. Baginda menyandarkan mereka kepada Allah dengan panggilan “hamba-hamba Allah di kalangan wanita”, sebagai gesaan supaya kita patuh kepada Allah SWT dan berwaspada daripada melampaui batas. Nabi SAW bersabda:

عَنْ إِيَاسِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي ذُبَابٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لاً تَضْرِبُوا إِمَاءَ اللَّهِ
Maksudnya:
Daripada Iyas ibn ‘Abdillah ibn Abi Zubab berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w: “Janganlah kamu memukul hamba-hamba Allah di kalangan wanita.”
Rasulullah s.a.w. memarahi Al-Walid bin ‘Uqbah kerana memukul isterinya, sehingga Baginda berdoa:

اللَّهُمَّ عَلَيْكَ الْوَلِيدَ ، اللَّهُمَّ عَلَيْكَ الْوَلِيدَ
Maksudnya:
Ya Allah, terserahlah kepada-Mu dengan apa yang patut dihukum pada Al-Walid! Ya Allah terserahlah kepada-Mu dengan apa yang patut dihukum pada Al-Walid!.(Hadis riwayat Al-Tabrani di dalam Tahzib Al-Athar dan Imam Ahmad di dalamMusnad Imam Ahmad).


[1] Hadis ini menjadi contoh Rasulullah SAW menidakkan tafsiran yang digunakan sebagai alasan untuk mengarah isteri mengikut kehendak suami dengan sewenang-wenangnya dan ia juga membuka ruang untuk memikirkan bahawa ada kemungkinan perkataan “daraba” di dalam Al-Quran tidak bererti Islam membenarkan isteri dipukul. Bagi ulama tafsir yang menafsirkan perkataan  “daraba” sebagai pukul, ramai yang menegaskan pukul yang dimaksudkan TIDAK BOLEH menyakitkan atau mencederakan seperti yang sering berlaku bila suami memukul isteri.

(p/s manfaatkan apa yang kita dah baca dalam kehidupan kita, percaya dan yakin la pada Allah dan Rasulullah s.a.w itu lebih mulia dari segala galanya. Aku bukan penghuni bumi yang baik perilaku  dan hanya kerana aku post hadis hadis ini aku dikatakan baik. cuma untuk berkongsi dan mengingatkan diri aku. sama sama kita berubah kearah kebaikkan. Hadis hadis yang aku ambil adalah yang aku rasa menarik.)

XOXO
QUE LEYA <33

Perkongsian Bersama

Hadis Rasulullah Tentang Wanita.

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana
sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika
ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih
penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam
rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah
mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan
darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak
bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada
jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,
keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi
ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara
anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya,
darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan
Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar) ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya
seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak
lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah
dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan
agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa
bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya,
masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah,
siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah,
"Suaminya".
"Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah,
"Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu,
maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di
laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua
beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan
tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akantinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara
perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan
mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka
akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.


wallahua'lam...

Human Recycle

XOXO
QUE LEYA <33

Monday, January 14, 2013

Wonder?


Dalam hati siapa tahu? 
Dalam hati siapa mengerti? 
Dalam hati siapa yang nampak apa yang berlaku?
Dalam hati siapa boleh faham?
Dalam hati siapa boleh puaskan?


Kehendak hati?
Benarkah pemikiran boleh mengawal hati?
Semuanya tentang hati.
Cubalah kalau seseorang selidik hati setiap orang. dan tahu, faham, mengerti apa yang orang tu rasa.
Maybe they're hurt but they won't tell just because the sake of people that they love.
Maybe they're happy but they won't tell just because they can't share with anyone.
Maybe they have secret to share but they don't know to whom to share the secret.
Maybe they curious about something and need to find the answer but they don't know where to start.

Its all about heart. Don't judge people if you don't know anything about their heart. Maybe they act or in the right word they pretend to do something that hurt people around them just to insecure about something. Maybe there are something in their heart that we don't know what the reason,why the reason they doing like this to people around them. Just they know the best. So investigate, before u can simply accuse people. fullstop


XOXO
QUE LEYA =)

Sunday, January 13, 2013

Buddies =D


Kawan boleh jadi yang terbaik untuk kita. Dan kawan boleh jadi pemusnah pada kita. Kawan yang baik takkan menghasut kawan baiknya walau apa cara sekalipun. Kawan baik akan sentiasa sokong dan berada di belakang tak kira apa pun yang berlaku susah ataupun senang. Sahabat yang baik tidak akan menjadi pemusnah kepada kita dan sanggup berkorban apa sahaja bukan hanya dengan kata kata tapi dengan perbuatan. Seperti yang I lihat sekarang. Kawan baik sanggup tikam belakang kawan dia sendiri. Basically pasal lelaki la kan.


You know what, when her bestfriend mempunyai teman lelaki and at the same time dia pun suka akan lelaki tersebut. Dia sanggup hasut macam macam dan berkata buruk kat kawan baik dia tentang teman lelakinya. Dan begitu juga sebaliknya. Dia akan menghasut dan berkata buruk pada lelaki tersebut tentang kawan baiknya. Itukah yang dinamakan KAWAN BAIK?

Sometimes I tertanya tanya. Why? Because of one guy bestfriend can broke up just like that? Sanggup untuk hilang kawan asalkan apa yang mereka nak dapat? Macam tu ke? hmm.. I've been thinking for awhile kenapa sampai boleh jadi macam tu? I rasa sangat sedih bila kawan sendiri bersikap sedemikian. Patutkah kita digelar sahabat baik jika kita tidak menjadi yang terbaik untuk mereka? Sangat Menyedihkan bila melihat orang disekeliling macam tu. 
Bukan setakat pasal lelaki je dorang sanggup tikam belakang. Banyak perkara lagi. Example like for money, untuk kepentingan diri sendiri, and ada juga mereka hanya pretend to be "A GOOD BESTFRIEND" but actually they're not! But yang command thing is about guy la kan. Itu la yang selalu I dengar. I kalau boleh nak sacrifice everything for my both buddy. We being through a lot of thing up and down with them, joy and sorrow. Beside, for example kalau my bff suka guy yang I suka. I sanggup back off. I akan lebih utamakan my both bff dari orang lain. Selain my family, my both bff come second! I ni bukan la baik sangat tapi try to be the best for my both bff. =)


(p/s 2012 fulls of meaning for me. on 2012 I got a new people in my life. and i'm so glad that he love me. =) up and down with my both lovely bff. through sad and joy. really pleasure to have them in my miserable life. because they make my life more glitter than ever. so that my life are amazing with amazing family,amazing bf,amazing bff. thank you so much because be with me and support me from my back. hope this 2013 make a lot of design and colour in my not so "hebat" life. hehehe. Be good k 2013. Love you so much)


XOXO
QUE LEYA =)