♥Super Junior♥

Thursday, January 17, 2013

Serpihan Yang Tinggal... Bye!

    Pada hakikatnya aku takut. Aku sangat takut dan tidak berani untuk membuka mahupun menekan masuk ke folder yang tertera DSB. Aku terlampau takut. Takut disakiti dengan gambar gambar tu. Aku takut nak ingat kembali masa masa gelap aku tu. Sehinggakan bila aku tengok mereka di dalam institusi tersebut. Aku sehingga lupa yang aku pernah berada di sana. Pernah merasai suasana dan keadaan yang pelbagai. Aku lupa. Serious aku lupa. Aku benar benar dah tinggalkan semuanya. I mean SEMUANYA. Tak ada sedikit pun yang aku pegang dan aku simpan. Even ada simpan pun gambar gambar. semuanya rasanya dah berkarat macam besi. Tak pernah aku sentuh mahupun nak membuka untuk melihat apa isi kandung dalam folder tu. Aku benar benar dah tinggalkan semuanya. Sehinggakan aku lupa yang aku pernah berada di sana. Bila melihat gambar gambar lama terbentang kembali aku rasa bagaikan mimpi, Bila aku melihat dalam gambar gambar tersebut yang aku berada dalam setiap gambar gambar itu. Aku rasa macam "betul ke itu aku? ataupun aku bermimpi? sejak bila aku melalui semua yang ada dalam gambar gambar ni?" itu yang bermain di kotak minda aku sekarang. Seakan tidak percaya. Tapi itu lah hakikatnya. Bila aku tenangkan diri dari keadaan yang gelisah, sedih dan menangis. Aku baru start refreshing my mind again. It's true. Totally true yang aku pernah melalui semua tu. Cuma aku saja yang dah buang semua tu jauh jauh. Kerana itu bila aku melihat gambar gambar tu kembali aku terasa seperti asing. Macam bukan aku yang berada dalam gambar gambar tersebut. Aku terlampau ego untuk mengakui kenyataan bahawa aku terlampau takut untuk mengenang kembali zaman gelap aku tu. Terlampau takut yang teramat sangat. Sehinggakan aku lupakan segala galanya tentang zaman tu. Zaman tu betul betul merupakan zaman gelap aku. Dalam pada masa yang sama pelbagai benda aku kena lalui. Mungkin kerana itu. Aku betul betul tekad untuk tidak mengingat kembali zaman tu. Zaman penghancuran aku. Aku betul betul menghargai masa dan zaman sekarang. dan bergembira dan buat macam macam perkara agar aku lupa terus pada zaman gelap tu. dan AKU BERJAYA. Cuma tinggal serpihan serpihan kenangan sahaja yang tinggal  pada aku. Tapi semua tu bakal dibuang sehinggakan malam ini. Ego aku kalah dengan sewenang wenangnya titisan air mata menyembah ke bumi. Setelah melihat gambar gambar tersebut.
Parah aku kali ni. Ego aku kalah pada GAMBAR? Cannot be! Aku benar benar kena buang serpihan yang tinggal dalam diri aku ni jauh jauh supaya titisan air mata aku tak gugur lagi dan ego aku tak tercalar lagi. titik! takde koma koma lagi!
XOXO
QUE LEYA!!!

No comments:

Post a Comment