♥Super Junior♥

Thursday, March 28, 2013

Dengar, Lihat dan Saksikan.

Aku ada masalah? hehehe... better aku simpan selagi boleh. kalau aku tak tahan aku terjun tingkap je.. settle.. hehe... mesti korang dah cakp bukan bukan kan? heheh... aip2.. jangan cakap pape sebelum aku habis cakap... heheh..jangan risau la.. aku nak terjun tingkap kat mane? rumah aku teres satu tingkat. tingkap pun rendah so kalau aku terjun takkan jadi pape.. hehehe..

Even kita ada problem sebesar gunung pun. try to create fake smile so that other people will not stress because of you..=)
Sometimes kita kena ketepikan perasaan kita demi orang lain dan demi kebahagian orang lain. Dan jangan risau if some guy bersikap seperti perempuan. I mean bukan dari segi lesbian or gay. Don't get me wrong. Maksud aku kat sini. Ada je perempuan macam laki dari segi dalaman. Lebih kuat, cekal, tabah and ego tinggi melangit macam laki. Dan ade juga laki yang macam perempuan. Rapuh, sensitif, tak kuat dan emotional and menangis. Tapi kenapa kita nak serabutkan diri kita. Sebab Allah jadikan setiap orang tak sama. For me, don't be guilty for youself. Tak salah if perempuan ada sikap laki dan laki ade sikap perempuan dari segi dalaman. Allah dah cipta kita macam tu. Kita kena syukur au. Sebab ada sebab dia buat kita macam tu kan.

Allah dah bagi kita semula jadi macam ni. so just continue your life. Sebab tu juga Allah cipta kita berpasangan. Kalau kite dah macam ni pasangan kita akan mengisi ruang kosong dalam diri kite. Pasangan kita mungkin sebaliknya dari kita. Tapi macam aku cakap. MUNGKIN. Mungkin juga pasangan kita sama perangai dengan kita. Allah lebih tau. Allah tau kenapa kite perlu dapat pasangan macam ni tapi tak macam ni. Allah akan bagi pasangan yang sesuai dengan kita. Allah tahu. So. Tunggu jela dengan sabar. Kau pasti akan nampak keajaibannye. Mungkin betul kata orang mudah untuk kita kate bersabar. Orang yang hadapi lagi la teruk kena. Tapi kau tak boleh nak salahkan takdir. Kalau kau salahkan takdir maknenye kau salahkan Allah. dan itu dah dosa kan. Jadi kite kena sabar dan fikir macam mane nak selesaikan masalah dan hadapi dugaan tu. Dari kite duduk menyesal baik fikir macam mane nak pulihkan jadi lebih baik kan. Bila keajaiban tu muncul kita pasti akan bersinar sinar sampai bila bila. InsyaAllah. 

Bersabar itu kekuatan disebalik dugaan. Sebab Allah sentiasa bersama dengan orang orang yang sabar. Percaya dan yakin kepada Allah. Pasti ada hikmah disebalik semuanya. By the way Doa juga penting sebab doa itu senjata Orang Islam. =)
InsyaAllah kita takkan lupa kerana itu adanya teman and keluarga yang tak jemu untuk mengingatkan kita kan? =)

Jangan lupa senyum. Senyum dengan ikhlas. Kalau taknak buat demi orang lain buat lah demi mak kita k.=) Selagi kau ade lengkap both parents hargai mereka, jage dorang baik baik, jangan melawan dan berjasa selagi kau mampu. Supaya kelak korang tak menyesal. =)

Jangan tahan if kau nak nangis. Nangis sepuas puasnya. Sebab aku yakin bile dah sampai tahapnye kau akan berhenti menangis. dan bila kau dah lame tak nangis pasti susah untuk kau berhenti. mesti korang tertanya tanya kenapa? kenape ye?
Sebabnye anggap macam tuala yang dah lame basah air tu akan keluar juga tanpa kita perlu perahkan. dan nak bagi tuala tu kering kena take time kan. HA! macam tu la dengan mata kita yang dah lame tak menangis. Korang faham maksud aku kan?? hehehe

Hari ni juga aku belajar. Yang tak semua laki sama. Dulu sehingga la sebentar tadi aku menganggap semua laki same je. Tapi tiba tiba aku beljar something yang mengatakan tak smua laki same. Selalunye bila kate pasal laki je. Kita akan describe laki ni ego tinggi, takde perasaan blablablabla... Tapi korang tak tau. Ade je laki yang menangis macam perempuan dan ade je laki yang sensitif macam perempuan. HAH!  JANGAN GELAKKAN LAKI MACAM TU K! Bagi aku dorang unik dan itu membezakan laki tu dengan laki lain. Bagi aku dorang special. Hati dorang lembut dan rapuh macam perempuan. Ada sebab dorang jadi macam tu. Aku pun tak tau ape sebab. Kerana Allah saja yang ade jawapannye. Sebab tu hebatnye Allah. Allah tak cipta smua laki perangai dia same je. Dan Allah tak cipta semua perempuan perngai dia same je. Semua orang lain lain. JAdi tak elok gelakkan orang. Malah bangga dan syukur dan hargai ciptaan Allah yang unik tu ye...  Allah dah cipta seseorang tu sebaik baik umat au. =) Cuba untuk faham lelaki k. Bertanya dan berkawan dengan laki dengan cara itu korang akan lebih faham dan kenal laki tu macam mane. Aku pun tengah dalam proses belajar supaya aku lebih faham D. Nak faham lelaki kena la dengan direct kepada laki kan.. tapi jangan sampai lakukan benda benda yang tak patut. KAWAN! THAT's IT! 

Senyum selagi mampu walaupun masalah kita tak tertanggung dek badan kan. Tu yang terkeluar kat ekspresi muka tu. hehe.. takpe aku faham... perkara biasa. 

I think for now the journey ends here kot...hahaha... dah macam pengembara plak... 

HARAP HARI ESOK LEBIH BAIK DARI HARI INI. AMIN <3

XOXO
QUE LEYA

Tuesday, March 26, 2013

Kegilaan Minda

Pada satu ketika minda yang separuh sedar lebih gila dari minda yang sedar. Mesti korang terfikirkan kenapa aku tiba tiba aku berkata kata macam ni kan. 
Try to think about it. Bila kita separuh sedar kita akan terjaga dalam keadaan yang half conscious. Dalam keadaan tu kau tak pasti sama ada apa yang kau lakukan adalah betul, benar atau pun hanya mainan tidur. Kerana itu half conscious lagi bahaya daripada kita sedar sepenuhnya. Mungkin dalam keadaan kita half conscious kita boleh melakukan pelbagai benda tanpa kita sedari benda itu adalah penghancuran segala galanya. Mungkin korang tak faham what i try to talk about. But try to take several seconds and think wisely what I want to deliver to you. But for the time being I will stop right here for you guys have a time to THINK! 
FIKIR FIKIR KAN LAH! =)
XOXO
QUE LEYA 

AKU GILA.

Aku patut kurangkan setiap apa yang aku lakukan. Kerana smua yang serba lebih ni akan buat orang di sekeliling aku sangat tak selesa. Dan mungkin dorang takkan pernah happy ataupun hargai apa yang aku lakukan dan pengorbanan tak kira la dari segi zahir or batin. Orang takkan perasan pun apa motif sebenarnye aku lakukan. Jadi, aku rase better aku berpijak di bumi yang nyata. Bahawa orang tak terima cara dan setiap apa yang aku lakukan. This is wake up call for me. try to be no mercy for other people. Akan aku cuba untuk hilangkan sikit cara dan sikap aku yang terlampau care pasal orang. JANGAN CARE DENGAN SEMUA ORANG Alia Aqilah. Bear in Mind.  Sebabnye satu je, yang harus aku ingat bahawa aku takkan pernah dihargai oleh orang yang aku sayang. Tak semestinya kau sayang orang tu. Orang tu akan sayang kau juga kan. 
XOXO
QUE LEYA

Wednesday, March 20, 2013

Peace yawww... =p





Mungkinkah aku akan mendapat lelaki yang seperti Yasin yang berlakon dalam cerita #3janji# ? Yang menjaga kita setiap masa. Yang sentiasa ada bila kita dalam kesusahan. Yang sentiasa buat kita rasa selamat walaupun pada hakikatnya dia tidak berada di sisi kerana kita yakin dia akan datang saat kita susah dan senang. Oh SO SWEET.. heheh. I hope I pun boleh dapat orang macam si Yasin tu. Perfect. For me la.. hehe. Tak pernah putus asa dan sentiasa berusaha untuk orang dia cinta even a t first si Dahlia tak suka dan hanya menganggap kawan je dekat si Yasin tu. But end up. Kahwin juga akhirnya. Wow! Awesome! Mesti bestkan. I hope! i Hope! I hope! 
hehehe =)
XOXO
QUE LEYA=)

Saturday, March 16, 2013

Konsert Gegar 5 Lagenda! *Thumbs Up*

Enjoy This Video k! <3


For the first time I pegi konsert macam ni dekat Istana Budaya. I mean beli ticket by my own. Pegi sendiri. Dulu pernah la pergi but semuanya ditanggung beres oleh my sister. But now semua I uruskan sendiri. So it kind of The Best la! hahaha. 

Yang AWESOME nye about this concert is menampilkan 5 Legend kat Malaysia ni. Zamani(slam), Saleem(Iklim), Rahmat(Mega), Aris Ariwatan, and last but not least Ali(Terrarossa). Pergh Their voice Fantastic! DOUBLE TRIPLE THUMBS UP TO THEM! Even they already peringkat old age but their power in their voice are TERRIFIC! When they into high pitch I though they cannot bawak or will crack but NOT EVEN ONCE DORANG TARIK CRACK! Semuanya PERFECT! REALLY MAKE ME AND others IMPRESS with them! 

Before we enter into that auditorium kitorang pergi lepak kat cafe.AND GUESS WHAT! I duduk betul2 sebelah KAMAL ADLI!!! Yang memnisahkan kami cuma sekeping cermin je. Kalau takde cermin tu memang I dah panggil and tangkap gambar dengan dia. memang AWESOME GILA LA!!! Agak lama la dia lepak situ dengan kawan kawan dia. I ingat dia nak pergi tengok concert tu juga. But saddening dia angkat helmet dia then bla macam tu je. Sedih! If dia pergi tengok gak. Ingat bila time nak naik atas tu kalau nampak dia dah memang I kan tegur then nak tangkap gambar dengan dia la! itu sudah pasti! hehehe. and kalau meja I really really sebelah dia, tak ade ape2 yang pisahkan kitorang. memang time bila dia bangun dari duduk tu I will tegur and minta nak tangkap gambar. Tapi nak buat macam mane. dah takde jodoh. takkan la I dekat dalam nak berlari kejar dia yang dia kat luar yang dah nak bla tu kan. Malu kot orang tengok. Len la kalau I sama sama kat luar dengan dia.. hehehe.. hmm. But memang sedih la. Bila lagi aku akan jumpa kamal adli kan. hmmm... sedih la... ="(
Handsome kannnnn!!!


Before kitorang masuk cafe plak. two times RAHMAT MEGA lalu sebalah kitorang. Dia nampak kitorang then senyum! WAH! HANDSOME nye diaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!! Aku nak tangkap gambar dengan dia au, Sebab two times dia lalu time tu tak ramai orang kat situ memang tepat pada masanya la. BUT, Saddening gak. Aku terlampau malu, tak berani and segan nak tegur dia. SO MELEPAS LAAAAAAA... PELUANG HANYA DATANG SEKALI. AKU TAK GRAB THE CHANCE! hmmm... tah bila aku akan dapat jumpa dia lagiiiii.... maybe dah takde dapat jumpa dia lagi. ="( BODOHNYE AKU!!!!!! BANGGANG!!!! 

But Aris Ariwatan And Rahmat Mega memang handsome! Even dah tua but still Handsome, Smart and Kacak. Zamani, Saleem and Ali Smart la even tak brapa handsome.hehehe. Bila tengok face to face to tak sangka. Setiap kali dorang perform lagu dorang, dorang turun bawah dorang just sejengka je dengan I. I was like AMAZING! Tak sangka dapat jumpa LEGEND MACAM DORANG! 

Last but not least enjoy the photo that i taken from the show last night! ~






hehe. Aku pun sempat gak take a few photo for myself dekat luar Istana Budaya tu.. heheheh.. Sape2 tak nak tengok just close it okay! hahaha 

XOXO
QUE LEYA =)

Friday, March 15, 2013

huh...

Dia tak happy ke skype dengan aku? Tak nampak pun senyuman dimata dan bibir dia. Dia dah tak happy dah dengan aku macam dulu. hmmm.. Dia dah tak happy dah ke? Tujuan kita couple pun kalau boleh bila bersama happy je. tp kalau terpancar kat muka dia tak happy. hmm.. aku tak tau la. aku sedih dia dah tak happy dengan aku dah. YaAllah ape lagi yang Harus aku lakukan ni.. ="(

 Mungkin dia tengah pening kan. hmmm.. risau bila nampak dia mengerang kesakitan macam tu. Aku hanya mampu melihat, menanya, menyuruh dan menangis je bila nampak dia sakit macam tu. ="(
YaAllah. SEMBUHKAN LAH PENYAKIT MUHAMMAD DAUD BIN ABU HASSAN ni... AMIN..
XOXO
QUE LEYA ="(

Tuesday, March 12, 2013

Keringat yang terakhir =")

B. Maafkan syg sebab degil dan tidak ikut cakap b untuk tidur dan rehat. Syg tak sehat and if you know actually i'm really2 weak. sangat lemah b. Tapi syg perlu juga gagahkan diri untuk menulis penulisan ini.
B mungkin akan bace tapi antara cepat or lambat je kalau syg anta b pasti akan bace time tu gak. tapi itu bukan tujuan syg. Syg nak b buka blog ni dan bace sendiri ape syg tulis tanpa syg memberitahu untuk bace.

Aku diberi peluang untuk kali kedua. Dan peluang itu aku tak kan mungkin sia sia kan. kerana Peluang kedua susah untuk dapat. Hati dan perasaannya pada aku dah berkurang. Memang aku sedih tapi at least aku bersyukur sebab walaupun perasaan dia kurang dia still bagi aku peluang untuk buat dia cintakan aku balik seperti mana aku buat dia cintakan aku pada pertama kali. 

Aku akan berusaha sehingga nafas dan keringat ku yang terakhir. Andainya aku pergi. Tiada lagi penyesalan di dalam diri kerana aku telah berusaha sehabis mungkin. Aku sayangkan dia. Terlampau sayangkan dia. Kalau boleh aku betul betul nak dia adalah jodoh aku dan aku betul betul nak dia menjadi suami aku dunia dan akhirat tiada kedua ketiga atau keberapa pun. Begitu juga sebaliknya. Aku ingin menjadi isteri dunia dan akhiratnya. Tiada kedua, ketiga atau keberapa pun. Mungkin betul benda ni banyak kali aku sebutkan mungkin dia sendiri naik bosan tapi setiap kata kata kita adalah doa dan aku berharap doa aku ni dimakbulkan. Betul. Aku tak tipu kalau dorang kate aku jumpa orang yang same perangai dengan aku and ade muka same la ape la. Tapi hati aku tak pada dorang. Hati aku hanya pada dia. Dia yang bernama MUHAMMAD DAUD BIN ABU HASSAN. Setia aku hanya kepada dia. Sayang aku hanya pada dia. Cinta aku hanya pada dia. Betul Pertama aku cinta pada Allah dan rasul ku. Kedua aku cinta family ku. Dan dia telah jatuh ke tempat yang ketiga. tapi tetap dia same penting dalam hidup ku. Kenapa aku pilih dia dan inginkan dia?
Itu semua kerana dia melengkapi hidup aku yang kosong. Kitorang memang ade benda yang tak sependapat tapi benda tula mengisi setiap lubang lubang yang ade dalam diri aku. Ada kelebihan yang dia ada aku takde. Dan dia mengisi setiap kelemahan aku dengan kelebihan yang dia ada. Dan aku mengisi setiap kelemahan dia dengan kelebihan yang aku ade. Kami saling melengkapi antara satu sama lain Betul. orang kat luar sane nampak sesuai dengan aku. Tapi aku nak tanye dorang something. Bolehkah dia memahami aku? Bolehkah dia memenuhi kelemahan aku? dan soalan yang paling penting. Bolehkan dia tahan dengan sikap dan perangai aku? Sedangkan dia. Alhamdulillah. Dia tahan, faham dengan sikap dan perangai aku. Dia seorang lelaki yang berhati lembut. Dia bersikap lembut dengan aku dan tidak kasar. Termasuklah percakapan dia dengan aku tidak pernah kasar atau keluarkan kata kata yang kasar. Even dia marah dia tak pernah tengking atau tinggikan suara pada aku sebab dia tahu aku tidak suka lelaki tengking and tinggikan suara pada aku. Jadi kalau dia merajuk dan marah suara dia tetap rendah apabila bercakap dengan aku. Dan dia sangat tahan dengan perangai aku. AKu salah dan dia merajuk. Aku tak reti pujuk dan aku try pujuk tak menjadi. Dia tetap tak okay gak. Aku terus merajuk. Last last dia yang pujuk aku.Banyak kali dia buat macam tu. Cuma aku tetap dengan ego aku. Aku pernah cakap yang aku ni ego tinggi. dan dia tak suka dan nak aku berubah. tapi mostly aku tak dengar tetap degil dengan ego aku. Kalau lelaki lain dah bla dan tinggalkan aku. Tapi dia tak. setahun dia tahan dengan sikap aku. Sebab tu takde sape sehebat dia.

Memang kali ni aku yang salah. Bila aku fikir balik kenapa perasaan dia dekat aku dah berkurang. First dia tak tahan sebab kitorang asyik gaduh. 2nd dia tak tahan setiap kali dia merajuk dia yang kena mengalah untuk pujuk aku plak. padahal aku yang salah. 3rd kerana sikap aku semakin yang kuat merajuk. Aku tahu dia tak suka. 4th Sikap aku yang semakin tak faham dia. Dulu dia setiap hari fall in love dengan aku sebab aku faham dia. tapi bila hbgn kitorang makin lama aku semakin tak faham dia. Dulu aku sendiri kata kan pada dia lebihkan family and study dari aku sebab benda tu penting untuk diri dia. Tapi sekarang bila dia terlampau focus pada study aku marah, aku merajuk. Nampak sangat salah aku disitu. Dulu aku cakap lain sekarang aku cakap lain.5th sikap aku sambil lewa dengan study. Bila dia suruh buat assignment aku akan cakap aku malas. Kalau dulu tak perlu dia suruh aku sendiri start study and buat assignment. dan yang terakhir aku tak luangkan mase dengan family dan lebih luangkan mase dengan dia. Maksud aku kat sini. Aku tengah dengan family borak borak then aku cakap dengan dia dan dia suruh aku luangkan mase dengan family dah habis luang, mesej dia. Tapi aku taknak. Kalau dulu kalau aku cakap aku tgh luangkan mase dengan family bila dia kate nanti msg dia balik aku akan terus cakap thx nanti I msg balik. tapi skrg tak lagi. Sebab tu la perasaan dia dekat aku dah kurang tak macam time first time dya dapat aku. Sebab aku semakin berubah kearah yang dia tak suka. 

Dulu dia cakap dia suka kan aku sebab aku utamakan family,study, solat, faham dia dan minat sama sama bola dengan dia. Dulu memang aku utamakan family, dia akan aku mesej kemudian. Begitu juga dengan study. Aku akan utamakan study, dia akan aku mesej kemudian. Begitu gak dengan aku faham dia. Dulu aku faham dia sangat sangat sebab tu dia jatuh cinta setiap hari dengan aku. Tapi sekarang. Aku banyak berubah. Dia mesti tak nak aku yang sekarang dan dia nak aku yang dulu. Dia tak suka aku yang sekarang kerana aku banyak berubah dan sebab tu la perasaan dia dekat aku semakin kurang kerana dia cintakan sepenuh hati pada Alia yang dulu.

Sekarang perasaan sayang dia kat aku dah kurang semuanya kerana aku. Jadi sekarang ni bila dah dapat peluang kedua. Aku betul betul takkan sia sia kan. AKu akan grab the chance. Aku akan kembali jadi Alia yang dulu. Alia yang mula mula dia cinta. Alia yang dia suka. Aku akan berusaha. tapi semua tu take time kan tak sekaligus bila aku berubah perasaan dia terus bertambah dan jadi macam dulu kan. Mesti ambil masa. Aku kena banyak bersabar. Salah aku tanggungla kesusahannya. Jadi bersabarlah. Kerana Allah bersama dan sayang orang yang bersabar. Aku yakin dia akan menjadi milik aku sepenuhnya semula. Kami akan jadi macam dulu balik mungkin akan lebih baik. Dan aku yakin MUHD DAUD BIN ABU HASSAN LA JODOH AKU! AMIN.

Aku akan perbaiki kesilapan aku. Dan aku berjanji yang aku TAK AKAN ULANGI PERBUATAN YANG SAMA! SAYA JANJI MUHAMMAD DAUD BIN ABU HASSAN! DAN SAYA JANJI SUSAH SENANG KITA AKAN BERSAMA! SAYA AKAN BAGI SEBANYAK MASA YANG AWAK NAK UNTUK AWAK CINTA DAN SAYANG SAYA SEPENUHNYA SEPERTI DULU DAN MUNGKIN AKAN LEBIH. INSYAALLAH. DAN SYG JANJI SYG AKAN BERUSAHA SUPAYA HUBUNGAN KITA PADA KALI KEDUA INI MENDAPAT KEREDHAAN DARI ALLAH. AGAR HUBUNGAN KITA AKAN KEKAL HINGGA AKHIR HAYAT DAN TIDAK BERULANG PERKARA YANG SAMA LAGI. AMIN. 

Setiap saat adalah perjuangan buat aku. Walaupun aku semakin lemah. Tapi akan ku gagah untuk mendapat orang yang aku cinta sepenuh hati aku. Sakit macam mane aku. Aku tetap akan gagahkan diri untuk bangun dan berusaha untuk mendapatkan cinta dia semula. Aku tetap akan berjuang agar dia menjadi milik ku buat selama lamanya. Setiap kejayaan lelaki mesti ade wanita di sebelahnya dan aku ingin menjadi wanita tersebut setelah ibunya. YaAllah. Bantulah aku agar aku memperolehi dia dengan berkat dan keredhaan mu YaAllah. Amin...
B. Bagi syg peluang untuk baiki kesilapan syg. dan syg takkan ulangi lagi kesilapan itu. Syg tahu syg banyak buat salah dengan b. dan salah itu tidak mudah dimaafkan hanya bila kita meminta maaf tapi. syg meminta maaf dan akan berusaha sehingga nyawa syg masih ada untuk syg memiliki b sepenuhnya zahir dan batin secara halal. Izinkan syg untuk masuk dalam hidup b buat kali kedua. dan izinkan syg memiliki b secara halal sebelum syg menutup mata. Syg tidak akan putus putus berdoa agar Allah turut mengizinkan. Amin. 

XOXO
QUE LEYA

Sunday, March 10, 2013

i miss you. i love you. Be with me. please,,,

XOXO
QUE LEYA

NOT GIVING UP!

Baik aku luangkan mase dengan menulis, study and assignment kan. dari aku terus memikirkan benda benda yang serabutkan kepala aku. Tapi satu benda aku ingin tegaskan di sini. Aku takkan give up! No matter what happen, had happen and will happen. I will never ever give up on HIM! i love him so much. but for now i don't want to think much about it. i just leave it to Allah. Aku yakin Allah akan tolong aku. Setiap masa aku berdoa agar dia adalah jodoh aku dna dia la suami dunia dan akhirat aku. Aku takkan GIVE UP! BEAR IN MIND! I WON'T GIVE UP! 我不会放弃!!! 

Aku akan berubah. Aku cuba untuk betulkan keadaan dan berharap sangat aku berjaya. Aku nak dia tahu yang aku tak give up dengan dia. Sebab aku terlampau sayangkan dia. aku tahu aku dah banyak buat salah dengan dia. Tapi aku berharap dia bagi aku peluang kedua untuk betulkan keadaan. Aku tahu mungkin dia dah takde perasaan kat aku. Tapi aku tak boleh kehilangan dia. YaAllah. Aku cuma nak dia. Aku tak boleh kehilangan dia. Aku sayang dia sangat2. kalau lah dia tahu ape aku rasa sekarang dan terima dan sayang aku balik macam dulu. 

Aku cuma hanya mampu berdoa dan teruskan perjuangan untuk dapat cinta dia balik. tu je yang aku dapat buat sekarang. aku tahu aku tak macam awek2 lain yang sanggup datang ke sana untuk berjumpa dengan kekasih hati. aku tahu aku tak mampu dan aku tak boleh nak buat. aku minta maaf sebab tak dapat jadi yang terbaik untuk dia. setiap mase aku berusaha untuk jadi yang terbaik dan buat yang terbaik agar dia happy dan tak bosan dengan aku. Malangnye aku tak berjaya. mungkin aku terlampau ikutkan perasaan. lepas ni aku janji kalau aku dapat peluang kedua aku takkan sesekali merajuk, kecik hati or touching dengan dia. aku janji. tolong lah D. jangan tinggalkan aku... please.... i'm begging you... i love you so much D... ="( aku cuma setia padanya. takde seorang langsung dalam hati aku cuma dia. aku cuma nak dia. taknak orang lain. yaAllah kuatkan lah aku yaAllah. dan tunaikanlah permintaan aku. hanya kau saja yang boleh makbulkan permintaaan aku. AMIN

XOXO 
QUE LEYA ="(

Monday, March 4, 2013

I will Never Leave you

Kau jangan ingat aku yang tinggalkan kau. Aku tak pernah tinggalkan kau. Setiap masa dan saat aku berada dengan kau tanpa kau sedari. Semuanya kerana aku mencintai kau sepenuh hati aku. Aku begini kerana kau yang menyebabkan semuanya berlaku. Kasih sayang kau pada aku dah berkurang. Aku jadi begini kerana aku bagi kau ruang untuk kau selami apa yang terbaik untuk kau. Kalau lahirnya aku dalam hidup kau adalah perkara terburuk. Aku terima. But still, I will never leave. I always do love you heartbeat. You Are my prince of my heart! Always do! 
Love You So Much With All My Heart Muhammad Daud Bin Abu Hassan. <3

XOXO
QUE LEYA <3

Sunday, March 3, 2013

yaAllah

Aku sangat mencintai dia. Teramat sangat. Tidak pernah sesaat pun perasaan aku berkurang walaupun kami selalu bertengkar. Aku tak tahu nak kata apa bila aku dapat tahu yang dia mengatakan perasaan dia terhadap aku dah berkurang. AKu terkejut. Aku speechless. Aku tak tau nak response apa pada kata kata dia. Tapi yang aku tahu. Perasaan aku hancur. Aku rindukan dia. Aku terlampau sayangkan dia. tapi dia dah tak care aku macam sebelum ni. aku tak tahu macam mane perasaan dia boleh berkurang. sedangkan perasaan aku tak pernah berkurang. Aku banyak buat salahkan sebab tu jadi macam ni. Sepatutnya aku tak patut involve dalam percintaan ini. Kerana end up aku juga yang akan sakit. tapi dia menyakinkan aku bahawa dia tak macam laki lain, dia tak akan jadi macam ex2 aku, dia akan menjaga aku dan dia takkan benarkan aku terluka. tapi sekarang semuanya pudar, kelam. Dan semakin gelap. Tak guna teruskan perhubungan ini jika tiada perasaan cinta antara kami. Perasaan separuh2? macam aku pernah cakap. separuh pada aku tp separuh lagi mungkin akan diisi oleh orang lain. itu yang aku taknak. sebelum itu terjadi lebih baik aku undur diri dulu kan? Dalam perhubungan kita kena mempunyai perasaan sepenuh hati bukan separuh separuh.
Cinta sejati adalah perasaan yang tak akan berubah malah perasaan itu makin mendalam dan mendalam. Kalau sebaliknya berlaku seperti perasaan yang sedia ada lalu semakin berkurang. itu bukan cinta sejati namanya. Dia kata pada aku dia serious dan nak serious dengan aku. tapi...............
Sepatutnya perasaan aku yang semakin berkurang padanya kerana kesibukkan dirinya, kerana dia tidak pedulikan aku. tapi ini sebaliknya pula yang berlaku. 
Dulu aku beriya riya tolak dia. tak suka dia. dan hanya sayangkan dia sebagai kawan kerana aku dah serik untuk mencintai. aku takut aku disakiti lagi. tapi dia yang menyakinkan aku. dan beriya riya nak bersama dengan aku dan menjaga aku. but end up. bila aku dah sayang gila2 kat dia. dia pula yang takde perasaan. 



YaAllah kuatkan lah  diri aku untuk menghadapi satu lagi kehilangan ini yaAllah. Amin.
XOXO
QUE  LEYA