♥Super Junior♥

Sunday, March 3, 2013

yaAllah

Aku sangat mencintai dia. Teramat sangat. Tidak pernah sesaat pun perasaan aku berkurang walaupun kami selalu bertengkar. Aku tak tahu nak kata apa bila aku dapat tahu yang dia mengatakan perasaan dia terhadap aku dah berkurang. AKu terkejut. Aku speechless. Aku tak tau nak response apa pada kata kata dia. Tapi yang aku tahu. Perasaan aku hancur. Aku rindukan dia. Aku terlampau sayangkan dia. tapi dia dah tak care aku macam sebelum ni. aku tak tahu macam mane perasaan dia boleh berkurang. sedangkan perasaan aku tak pernah berkurang. Aku banyak buat salahkan sebab tu jadi macam ni. Sepatutnya aku tak patut involve dalam percintaan ini. Kerana end up aku juga yang akan sakit. tapi dia menyakinkan aku bahawa dia tak macam laki lain, dia tak akan jadi macam ex2 aku, dia akan menjaga aku dan dia takkan benarkan aku terluka. tapi sekarang semuanya pudar, kelam. Dan semakin gelap. Tak guna teruskan perhubungan ini jika tiada perasaan cinta antara kami. Perasaan separuh2? macam aku pernah cakap. separuh pada aku tp separuh lagi mungkin akan diisi oleh orang lain. itu yang aku taknak. sebelum itu terjadi lebih baik aku undur diri dulu kan? Dalam perhubungan kita kena mempunyai perasaan sepenuh hati bukan separuh separuh.
Cinta sejati adalah perasaan yang tak akan berubah malah perasaan itu makin mendalam dan mendalam. Kalau sebaliknya berlaku seperti perasaan yang sedia ada lalu semakin berkurang. itu bukan cinta sejati namanya. Dia kata pada aku dia serious dan nak serious dengan aku. tapi...............
Sepatutnya perasaan aku yang semakin berkurang padanya kerana kesibukkan dirinya, kerana dia tidak pedulikan aku. tapi ini sebaliknya pula yang berlaku. 
Dulu aku beriya riya tolak dia. tak suka dia. dan hanya sayangkan dia sebagai kawan kerana aku dah serik untuk mencintai. aku takut aku disakiti lagi. tapi dia yang menyakinkan aku. dan beriya riya nak bersama dengan aku dan menjaga aku. but end up. bila aku dah sayang gila2 kat dia. dia pula yang takde perasaan. 



YaAllah kuatkan lah  diri aku untuk menghadapi satu lagi kehilangan ini yaAllah. Amin.
XOXO
QUE  LEYA

No comments:

Post a Comment