♥Super Junior♥

Monday, December 10, 2012

UnControLife


Kehidupan yang memenatkan. Sering kali dikatakan harus mengharungi liku-liku kehidupan dengan rela mahupun tidak. Dugaan yang mendatang seperti hujan di musim tengkujuh. Harus kuat untuk orang disekeliling. Manusia semakin hebat dengan kuasa kuasa batin and ilmu hitam yang di larang oleh agama. tapi manusia seakan tidak takut dengan azab yang di provide oleh Allah. Mungkin bagi mereka Allah seakan akan tidak wujud dan hanya mempermainkan mereka. Mereka tidak tahu apa yang bakal menunggu dan menanti mereka di hari pembelaan esok.

Mereka semakin lalai dengan kerja kerja yang bagi mereka sangat menyeronokkan untuk lakukan. dan acap kali berlaku pada insan insan yang lemah. 
Hari semakin mendung. menandakan hujan bakal menjelma. tetapi dalam sekelip mata awan menjadi terang. Mereka tidak sedar semuanya itu ada hikmahnya. Setiap apa yang mereka lakukan akan berbalik pada mereka ataupun pada jenerasi mereka yang akan datang. Mereka akur dengan semua benda sedangkan benda itu salah. Salah yang teramat sangat sehinggan mereka hampir tidak sedar apa yang mereka lakukan itu juga boleh menyebabkan orang lain menderita.

Kehidupan yang sejak azali lagi diabaikan oleh pelbagai pihak. Apa maksud mereka sebenarnya? Adakah mereka bermain dengan api? Adakah mereka dayus???
Mereka melakukan tanpa berfikir panjang. Mudah melakukan tapi kenapa susah sangat ingin menerima risiko yang bakal menanti.

XOXO
QUE LEYA =)

No comments:

Post a Comment