Pada ketika itulah Darius menjadi penyelamat hati yang telah dilukai. Kecewa yang teramat sangat telah diubati secara perlahan oleh Darius dan sikap Darius terhadap Airis amat disenangai oleh Airis dan cara serta sikap Darius tidak tumpah seperti cara dan sikap Leo. Layanan yang diberi oleh Darius terhadap Airis menyebabkan Airis terkenang kepada Leo. Darius sedaya upaya mengambil hati Airis tetapi Airis tetap menolaknya kerana hati Airis masih kepada Leo yang satu.
Darius telah meluahkan isi hatinya sekali lagi kepada Airis tetapi Airis masih takut hendak menerima kerana pintu hatinya masih tidak terbuka untuk Darius dan bukan itu sahaja Airis takut perkara silam berulang kembali.
Darius juga telah berjanji bahawa dia tidak akan menjadi seperti bekas-bekas teman lelaki Airis yang sering melukai dan hanya mencintainya kerana nafsu semata-mata. Pada masa itu,Airis tidak tahu hendak menberi jawapan apa kepada Darius lalu dia hanya menyepikan diri daripada Darius selama beberapa hari. Tepat pada hari TAHUN BARU Darius putus dengan teman wanitanya dan pada ketika itu Darius menghantar SMS kepada Airis yang TAHUN BARU ini adalah yang paling teruk buat dirinya kerana Airis yang hilang entah kemana dan kerana perpisahan yang telah dialami oleh dirinya.
Pada keesokkan harinya,Airis muncul kembali dengan memujuk hati Darius yang terguris. Mereka kembali rapat dan Darius sering mengatakan 3 perkataan yang amat istimewa itu kepada Airis tetapi Airis langsung tidak mempedulikan perkara itu. Setelah sekian lama Darius berusaha untuk mendapatkan cinta Airis. Darius telah membuat keputusan untuk merancang sesuatu yang boleh menguji Airis.
Darius seperti biasa sentiasa bercerita masalah kepada Airis dan Airis juga seperti biasa mendengar dengan setia. Darius ada mengatakan bahawa dia seorang lelaki yang tidak berguna kerana telah meninggalkan bekas teman wanitanya dalam keadaan teman wanitanya mempunyai pelbagai masalah dan Darius juga telah membuat keputusan untuk kembali kepada bekas teman wanitanya. Pada saat dan ketika itu,hati Airis bagaikan kaca yang jatuh ketanah lalu dipenyekkan pula dengan tractor. Hati Airis terguris sekali lagi. Tetapi Airis berlagak seperti dia ok dengan apa yang Darius cerita dan ego Airis amatlah tinggi sehinggakan Darius mungkin putus asa dengan sikap Airis yang ego. Airis berkata didalam dirinya bahawa Darius dengan beka-bekas teman lelakinya semuanya sama. Senang mengucapkan kata-kata sayang dan bila sudah dicintai tiba-tiba pergi hilang begitu sahaja dengan kembali kepada bekas teman wanita.
Setelah beberapa minggu Airis dan Darius tidak berhubung. Tiba-tiba pada saat itu Airis menangis seorang diri didalam gelap sendirian mengenang yang telah berlaku. Pada ketika itu muncul lah wajah ayahda nya. Ayahda nya yang telah meniggalkan diri nya dan sekarang tiba dan saat ketikanya seseorang yang Airis cintai juga telah pergi meninggalkan dirinya untuk kembali kepada bekas teman wanitanya. Pada ketika itu barulah Airis sedari yang dia amat mencintai BENJAMIN DARIUS. Dengan hati yang gundah Airis bertekad untuk membuang egonya jauh-jauh dengan menyatakan hasratnya kepada Darius. Airis tidak rasa malu atau segan untuk mengatakan yang Airis sudah mula mencintai Darius.
Tiba-tiba sesuatu perkara yang mengejutkan berlaku. Setelah Airis sudah menyatakan isi hatinya kepada Darius. Rupa-rupanya Darius hanya menguji Airis agar Airis memberitahu perkara yang terbuku didalam hatinya. Di saat itu,Airis sungguh MARAH dan KECEWA kerana Darius sanggup menipu dirinya. Pada ketika itu Airis terasa ingin menghempuk kepala Darius tetapi perkara sebegitu tidak mungkin akan terjadi. Dengan itu Airis menghilangkan dirinya sekali lagi. Setelah beberapa hari Airis menghilang,Airis muncul kembali seperti biasa dan tiba-tiba luahan perasaan antara Airis dan Darius berlaku. Kesemua kata-kata pujangga keluar.
Dengan tiba-tiba juga pommmmmmm....
MEREKA BERSATU!
Terasa kelakar pun ada apabila teringat kembali. Tetapi itulah perkara terindah dan perkara yang menyakitkan yang penah berlaku pada tahun 2012 antara AIRIS NATASYA dan BENJAMIN DARIUS.
WILL BE CONTINUED.........
pommmm !!!!!!!!! hahahahahaha
ReplyDeletehahahah..biase la....novelis... berimaginasi tinggi..heheh
ReplyDelete