Seseorang yang petah berkata-kata tiba-tiba senyap seribu bahasa.
Percakapannya yang seperti keanak-anakkan sangat menyentuh perasaan.
Terasa ingin mengalirkan air mata tetapi aku harus kuat didepan orang.
Rindu akan dirinya yang sangat ceria.
Harap dirinya akan beransur pulih dan cepat-cepat sembuh.
Agar dia kembali seperti dulu.
Gelak tawa,keringan di muka,senyuman dan gelagat.
Amatlah dirindui oleh keluarga,rakan-rakan dan aku.
Kami yang didepan mata membesar bersama-sama.
Dia,aku dan rakan-rakan taman yang lain sering bermain bersama ketika kami masa kecil.
Pada ketika kami meningkat dewasa kami semakin jauh kerana kami dengan hal masing-masing.
Tetapi walau bagaimanapun sayang kami terhadap diri masing-masing sebagai rakan tidak penah pupus dalam sanubari.
Berharap Dia akan sembuh seperti sedia kala!
AMIN....
No comments:
Post a Comment