kalau kite terlampau redha tanpa sebarang usaha untuk mendapatkan balik ape yang kite sayang. itu pun tak boleh juga. itu bukan redha tapi give up. dan Allah tak suka org give up. begitu juga dengan aku. bile terlampau redha tanpa melakukan ape2. aku tak suka. yang penting usaha, doa dan akhirnye tawakal. Tawakal dan redha adalah last step untuk kita setelah kita dah berusaha dan doa. jika belum melakukan apa apa dah mengatakan aku redha. ape tu? tandanye kau give up? mudahnye.
ujian yang diberi kau sendiri yang telah gagalkan. peluang yang diberi turut kau sia siakan. jadi ape alasan aku lagi untuk terus tinggal. memang perasaan bersalah dalam diri amat menebal mengisi ruang ruang kosong dalam diri. tapi aku turut pasrah kerana usaha yang aku harapkan daripada sang pujangga tidak kelihatan. takkan usaha aku saja yang sentiasa perlu bersinar bagai bintang sedangkan kau? padam lilin yang telah dinyalakan.
Kali ni. aku tiada sebarang kata. aku tidak mahu bicara apa apa pun. hanya kesepian aku. aku harap kau mengerti. tapi jauh dilubuk hati aku. aku tau kau sampai bila bila tidak akan mengerti. biar la aku pergi membawa diri yang pasrah dan bersalah. dan biarlah aku menghukum diri dinegara orang. membawa diri ini bersama sama kenangan yang telah kita cipta.
JIKA KITA BENAR BENAR MENCINTAI SESEORANG YANG BUKAN DALAM TANGAN KITA. KITA AKAN BERUSAHA UNTUK MENDAPATKANNYA SEHINGGA KE NAFAS YANG TERAKHIR. DAN SETELAH USAHA TERJADI PADA SAAT DAN KETIKA ITULAH KITA BERDOA DAN MENUNGGU DENGAN SABAR APA YANG ALLAH AKAN BERIKAN.